Tips Kumpul Duit Untuk Kahwin Di Usia Muda
Semua nak kahwin mudakan? Mana yang dah kahwin tu, jangan mimpi nak tambah cawangan pula, sama-sama kita jaga cawangan sedia ada…ok? hehe…sabar-sabar…jangan gelojoh ya.
Tips Kumpul Duit Untuk Kahwin Di Usia Muda Credit Pic : SUMBER |
1. Jangan terjebak dengan kad kredit. Tak kira apa pun alasan kita, seboleh-bolehnya jangan guna kad kredit. Bahaya.
Tips Kumpul Duit Untuk Kahwin Di Usia Muda
2. Jangan beli kereta lagi. Kalau boleh minimumkan kos perjalanan ke tempat kerja atau merewang dengan menaiki motor, basikal, LRT atau jalan kaki. Saya dapat simpan RM15K setahun sebab tak beli kereta masa mula-mula kerja dulu.
3. Tambah pendapatan sebanyak-banyaknya. Jadikan bakal isteri sebagai motivasi. Ingat dalam kepala, kalau tak cukup duit bila-bila masa je lelaki kacak yang banyak duit boleh masuk meminang.
Tapi kalau dia taknak juga sebab kita sentiasa sengkek.. terimalah suratan takdir. Jangan tanya saya macam mana nak tambah pendapatan. Banyak kerja yang boleh kita buat. Cuma nak dengan taknak je.
4. Kurangkan perbelanjaan. Tips ini kalau kita tak mampu buat tips nombor 3 dengan baik. Belanja yang perlu dikurangkan ialah belanja sewa rumah, sewa telefon, sewa internet, sewa astro dan mengisi perut.
Ada baiknya duduk serumah ramai-ramai untuk kurangkan kos sewa. Usah berlagak nak duduk kondominium yang sewanya RM1200 sorang-sorang atas alasan nak keselesaan (baca : senang bawak aweks).
5. Banyakkan berdoa kepada Allah agar dimudahkan dalam urusan perkahwinan. Kadang-kadang walaupun bakal pak mertua mintak hantaran tinggi, tapi sebab kita doa hari-hari Allah bantu kita dengan melembutkan hati pak mertua untuk sponser keseluruhan majlis kahwin kita. Kuasa doa kan.
SUMBER
Baca Juga : Cinta Tak Berbalas Sebenarnya Mengajar Anda Erti Kesetiaan Sebenar
0 Response to "Tips Kumpul Duit Untuk Kahwin Di Usia Muda "
Post a Comment