Cara Putuskan Pertunangan Dengan Cara Elok
Ketika bertunang, mungkin pelbagai dugaan datang yang mampu menguji daya ketahanan, kesabaran dan kecintaan seseorang pada pasangannya.
Cara Putuskan Pertunangan Dengan Cara Elok Credit Pic : SUMBER |
Sejauh mana pasangan itu berjaya mengharungi, terserah kepada diri masing-masing. Ada yang berjaya dan juga sebaliknya.
Cara Putuskan Pertunangan Dengan Cara Elok
Sekiranya korang gagal mengharunginya dan akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk memustuskan pertunangan, lakukanlah ia secara baik. Banyak pihak yang perlu korang hormati.
Jangan pentingkan diri sendiri apatah lagi sebagai orang Melayu dan Islam, ada adab yang perlu diikuti ketika mahu memutuskan pertunangan.
1. Jangan Belakangkan Keluarga
Sekiranya korang sudah bertunang, pasti keluarga kedua-dua pihak juga telah mengetahuinya. Apatah lagi kalau dorang yang berkerja keras memastikan majlis pertunangan korang berjalan lancar.
Jadi, janganlah ketika mahu memutuskan pertunangan, korang membelakangkan keluarga pula. Bukan sahaja keluarga korang, malah keluarga pasangan juga korang kena bagi tahu.
Apapun alasan korang untuk membatalkan pertunangan, bagi tahu keinginan tersebut agar keluarga pasangan juga merasa dihormati.
2. Jujur Dalam Memberikan Alasan
Setiap apa yang dilakukan pasti ada sebab. Begitu juga kalau korang nak putuskan pertunangan, pasti ada sebabnya bukan?
Pasangan korang dan keluarganya pun tentu berhak untuk tahu alasan tersebut. jadi, berlaku jujurlah ketika memberikan alasan tersebut. berterus-terang dengan mereka kenapa korang nak putuskan pertunangan.
Mana tahu dengan cara itu, pertunangan korang dapat diselamatkan.
3. Berbincang Dulu Dengan Pasangan
Sebaik-baiknya, berbincang dulu dengan pasangan korang sebelum memaklumkan kepada keluarga masing-masing. Kemudian, buatlah keputusan terakhir dengan pasangan adakah dia setuju dengan keputusan untuk memutuskan pertunangan atau tidak.
4. Sentiasa Bersikap Baik
Apun alasan korang untuk memutuskan pertunangan dengan pasangan, tetaplah bersikap baik pada keluarga pasangan. Pasti dorang juga berasa kecewa dan kurang senang dengan pembatalan tersebut.
5. Pulangkan Pemberian Daripada Pasangan
Buat pihak yang memutuskan pertunangan, jangan lupa pulangkan kembali pemberian atau hantaran seperti cincin melainkan bekas pasangan korang tidak mahu menerimanya kembali atau menghalalkannya.
6. Minta Maaf Terutama Kepada Keluarga
Cara memutuskan tunangan dengan baik adalah meminta maaf kepada pasangan dan keluarga, baik keluarga sendiri mahupun keluarga pasangan. Memutuskan pertunangan ini pasti ada pihak yang merasa kecewa, sedih dan marah.
Jadi, korang juga harus menyedari dan meminta maaf kepada dorang. Jangan lupa ntuk meminta maaf pada pasangan kerana korang yang buat keputusan untuk putuskan pertunangan.
SUMBER
Baca Juga : Cinta Tak Berbalas Sebenarnya Mengajar Anda Erti Kesetiaan Sebenar
0 Response to "Cara Putuskan Pertunangan Dengan Cara Elok"
Post a Comment