Facebook

Cara Mudah Menguji Kesetian Lelaki Untuk Jadikan Suami


Korang ada boyfriend atau teman lelaki? Kalau ada, korang tahu tak sedalam mana dia mencintai dan setia pada korang? Mungkin ada yang tidak tahu dan hanya merasakan dirinya dicintai melalui kata-kata manis sahaja.


Cara Mudah Menguji Kesetian Lelaki Untuk Jadikan Suami
Cara Mudah Menguji Kesetian Lelaki Untuk Jadikan Suami
Credit Pic : SUMBER

Cara Mudah Menguji Kesetian Lelaki Untuk Jadikan Suami



Apa kata sekali-sekala korang uji sejauh mana cinta dan setianya pada korang. Tak tahu nak uji macam mana? Okay, jom kita lihat cara-cara di bawah ini.

1. Saat Berselisih Dengan Wanita Seksi

Lelaki ini antara kelemahannya adalah wanita cantik dan seksi. Saat berhadapan dengan wanita seperti ini, diri dorang akan jadi lemah. Jadi, cuba korang bawa dia berjalan-jalan di tempat ramai wanita cantik dan seksi.

Kemudian, korang tengok gerak-gerinya melalui ekor mata. Jangan kantoi pula yang korang nak test dia.

Kalau korang tengok dia tak lepas memandang dan mula kontol macho, di situ korang boleh nilai sendiri bagaimana sifat sebenarnya.

Tapi kalau kehadiran wanita cantik dan seksi ini tidak menganggu tumpuannya pada korang, jadi bolehlah dimasukkan ke dalam senarai kategori ‘bakal suami’.


2. Minta Bantuan Wanita Lain Untuk Menggodanya

Mungkin cara ini agak melampau tetapi tak salahkan kalau sesekali kita menguji cinta dan kesetiaannya.

Kalau dia benar-benar cinta dan setia, datang ramai mana wanitapun dia tetap akan setia dengan korang.

Lelaki seperti inilah yang boleh dijadikan suami. Tak gitu !!


3. Mengambil Berat

Lelaki yang penyayang dan setia, biasanya akan mengambil berat pada kekasih hatinya. Cuba korang buat-buat jatuh sakit atau memerlukan pertolongan, lihat sama ada dia pantas menghulurkan bantuan atau bertanya khabar atau sebaliknya.


4. Rosakkan Barang Kesayangannya

Cara lain untuk menguji cinta dan kesabarannya ialah dengan merosakkan barang kesayangannya. Adakah dia akan bersikap kasar dan marah setelah korang rosakkan barang kesayangannya?

Kalau dia boleh bersabar dan tenang, maknanya dialah calon paling layak untuk dijadikan suami. Sikap sabarnya itu menunjukkan dia mampu bersabar dan mengharungi ujian saat berkahwin dengan korang.


5. Sering Selesaikan Masalah

Selama korang kenal dia, tentu ada masalah yang menimpa hubungan korang. Yelah, adat bercinta pasti ada perselisihan faham. Betul tak?

Bagaimana korang tengok dia menyelesaikan masalah tersebut? adakah dia bersikap matang dalam menyelesaikan masalah itu? Sekiranya dia sering menyelesaikan masalah dengan baik, maka itulah lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami.


6. Tak Tinggal Solat

Ujian terakhir ialah melihat ibadahnya. Kalau dia seorang lelaki yang tidak pernah tinggal solat, rajin bersedekah dan tahu beza yang mana baik dan buruk, maka jangan dilepaskan lelaki seperti ini.

MAHU PIKAT LELAKI IDAMAN ANDA > KLIK DISINI <


SUMBER

Baca Juga : Benarkah Perkahwinan Dapat Mengelakkan Seseorang Itu Menjadi Nyanyuk

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cara Mudah Menguji Kesetian Lelaki Untuk Jadikan Suami"

Post a Comment