Facebook

Pengurusan Penyimpanan Barangan Dan Ubat Dalam Peti Ais


Pengurusan Peti Ais yang betul mengikut barang-barang seharian anda semua.

Pengurusan Penyimpanan Barangan Dan Ubat Dalam Peti Ais
Pengurusan Penyimpanan Barangan Dan Ubat Dalam Peti Ais
Credit Pic: SUMBER
  

Pengurusan Penyimpanan Barangan Dan Ubat Dalam Peti Ais


1. SOS 

 Ini termasuk sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka. 

 Ada orang yang suka simpan kat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau anda perasan, label pada botol-botol sos dan kicap tu ada tertulis “refrigerate after opening”.

Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.


2. SUSU

Ok next susu. Untuk susu dalam tin pula tak kisah samada pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais dibahagian pintu peti. Sebelum anda simpan susu tu, anda kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). 

Elakkan simpan dengan tin-tinnya sekali dalam peti ais naa.., sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen, boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason tu belum lagi kalau kita terambil dan terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah nanti.

Susu segar ataupun susu kotak simpanlah kat bahagian dalam, jangan simpan kat bahagian pintu. Bahagian pintu suhunya paling tidak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu anda mudah cepat rosak.


3. TELUR 

Cara menyimpan telur dengan betul.

 Ada dua cara :

📌 Simpan di luar peti ais

👉 Telur lebih elok disimpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang2nya sebelum best before date)
👉Jangan dibasuh telur, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak.
👉Simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan sekejap panas sekejap sejuk ya.

📌Simpan dalam peti ais (chiller)

👉Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Sebetulnya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak.
👉Kalau disimpan dibahagian dalam peti pula, simpanlah dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais. Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh.


4. UBAT-UBATAN 

Ramai yang suka letak ubat dalam peti ais lagi-lagi bahagian pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagin pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita akan cepat rosakkan dia lagi ada la.

Ubat-ubat cecair sangat sensitif pada haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Anda pun tahu dalam peti ais tu kawasannya lembap. Lagipun kan di botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye semua. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan cuaca yang agak dingin.

So nak simpan kat mana, simpan je dalam kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpan je dalam pantry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu.

SUMBER 

Baca Juga : Tips Mudah Jimat Berbelanja Barangan Dapur

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pengurusan Penyimpanan Barangan Dan Ubat Dalam Peti Ais"

Post a Comment