Isteri Kurang Tidur Boleh Menyebabkan Sleep Debt (Jangan Ambil Mudah Si Suami)
"Kenapalah saya asyik-asyik nak marahkan anak aje abang?" Apa dh jadi dengan saya ni abang? Pelbagai keluhan yang dapat kita dengar daripada seorang isteri. Mengapa ini berlaku?
Isteri Kurang Tidur Boleh Menyebabkan Sleep Debt (Jangan Ambil Mudah Si Suami) Credit Pic : SUMBER |
Hati hati, ibu yang tak cukup tidurnya memang mudah meletup emosinya dan terganggu emosinya.
Isteri Kurang Tidur Boleh Menyebabkan Sleep Debt (Jangan Ambil Mudah Si Suami)
Jumlah tidur harian seorang ibu ni umpama AKAUN BANK. Bilamana seseorang ibu itu tidak tidur, ianya, umpama kita ambil duit daripada AKAUN BANKnya sedikit demi sedikit.
Itu yang kita namakan sebagai SLEEP DEBT !! Sleep Debt ialah kurangnya tidur yang kronik. Isteri yang kurang tidur selalunya akan mengalami sleep debt.
Makin banyak isteri tak tidur, makin banyak isteri punyai SLEEP DEBTnya. Semakin bertambahlah SLEEP DEBTnya, makin kacau emosi dan fizikalnya. Sebab itu, bila isteri mengadu letih dan penat, si suami jangan ambil mudah dan jangan buat tah tahu saja. Sebenarnya si isteri terlampau letih dan inginkan waktu rehatnya yang secukupnya.
Kalau ikut National Sleep Foundation, wanita perlukan tidur 20 minit lebih banyak daripada lelaki kerana otak mereka lebih 'multitasking' dan perlukan waktu yang lebih lama untuk 'recover'.
Andai di hujung minggu, si isteri nampak macam malas dan nak tidur saja.Tak ramai yang tahu, itu bukan sebab malas tetapi kemungkinan besar si isteri mengalami sleep debt. Biarkan si isteri berehat di hujung minggu kerana mereka lebih kepada otak multitasking berbanding lelaki. Semua benda nak difikirkan serentak.
Tetapi aduh kesiannya, bila tengok statistik rupanya 18% wanita menderita tak cukup tidur dibandingkan cuma 8% je lelaki yang menderita tak cukup tidur padahal otak wanita lebih perlukan tidur yang cukup.
Isteri yang tidak cukup tidur akan mengalami cepat marah, selalu menguap, emosi tidak stabil, susah fokus , mudah tersinggung dan menjadi pelupa.
Sebab tu juga, andai diberi pilihan bersiar-siar atau tidur. Si isteri lebih memilih untuk tidur bagi menggantikan waktu tidurnya yang tidak cukup. Jadi buat para suami, tolonglah memahami emosi dan jiwa si isteri. Jangan memarahi jika nampak mereka asyik tidur di hujung minggu.
SUMBER
Baca Juga : Apa Itu Microsleep (Tidur Dalam Beberapa Saat)
0 Response to "Isteri Kurang Tidur Boleh Menyebabkan Sleep Debt (Jangan Ambil Mudah Si Suami)"
Post a Comment