Bagaimana Mysejahtera Membantu Anda Dalam Pencegahan Covid-19?
MySejahtera merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu raykat Malaysia dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Bagaimana Mysejahtera Membantu Anda Dalam Pencegahan Covid-19? Credit Pic : SUMBER |
Pada masa yang sama, ianya juga dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Bagaimana Mysejahtera Membantu Anda Dalam Pencegahan Covid-19?
1) Carian KontakJika anda terdapat kontak dengan individu COVID-19, atau anda pernah check-in ke premis positif COVID-19 yang berdaftar dengan Mysejahtera anda akan mudah untuk dihubungi oleh KKM.
2) Menilai Faktor Risiko Diri
Jika anda mempunyai risiko rendah, anda mungkin selamat daripada COVID-19. Jika anda mempunyai risiko tinggi, saranan kesihatan atau langkah seterusnya akan diberikan (seperti Saringan dsb).
3) Hotspot
Mengesan kes di sekitar kawasan anda. Anda boleh amalkan langkah pencegahan yang lebih dan bersedia jika ada kes positif di tempat anda
4) Individu kuarantin
Semua individu yang dikuarantin disarankan untuk memuat turun apps agar mereka dapat dipantau seperti gejala dan kontak rapat. Jika anda yang tidak dikuarantin memuat turun apps ini juga ianya boleh membantu dari segi carian kontrak dengan individu yang dikuarantin. Jangan lupa muat turun Mysejahtera.
Baca Juga : Tanda-Tanda Anda Telah Dijangkiti Covid-19
0 Response to "Bagaimana Mysejahtera Membantu Anda Dalam Pencegahan Covid-19?"
Post a Comment