Persediaan Wajib Yang Perlu Bakal Suami Ada Sebelum Berkahwin
Semalam Harith Faisal dah listkan 14 persediaan untuk bakal pengantin lelaki. Saya ringkaskan dan buat dalam bentuk infografik untuk orang macam saya yang suka tengok gambar.
Persediaan Wajib Yang Perlu Bakal Suami Ada Sebelum Berkahwin Credit Pic : SUMBER |
Yang single tu sangatlah wajib baca.
Persediaan Wajib Yang Perlu Bakal Suami Ada Sebelum Berkahwin
1. Tabung kahwin
Kalau tak ada tabung kahwin, nak kahwin guna duit siapa.
2. Kos Majlis Kahwin
Rancang dengan bakal isteri berapa kos untuk majlis dua-dua belah. RM30K ke, RM20K ke. Sekarang pkp ni banyak dapat jimat tau.
3. Rumah atau kediaman yang selesa.
Rumah atau tempat berteduh. Beli atau sewa pun tak ada masalah. Yang penting selesa untuk isteri nanti.
4. Kenderaan
Ikut kemampuan. Ansuran kereta tu pastikan tak lebih 15% daripada gaji bulanan korang dan isteri ya. Lelaki naik motor pun ok je macam saya.
5. Nafkah
Ikut berapa yang mampu. Boleh allocate 10% untuk part ni. Gaji RM2,000 korang bagilah RM200 untuk dia beli barang keperluan peribadi dia.
6. Simpanan kecemasan
Simpanan kecemasan paling kurang 3 bulan gaji. Wajib sediakan. Isteri bukan Ah Long untuk kecemasan korang.
7. Perancangan hidup berumahtangga
Suami kena tunjuk yang kita boleh jaga isteri kita nanti. Kalau kita pun tunggang terbalik macam mana nak jaga anak orang.
8. Rendahkan ego
Bila bergaduh, suami kena lah rendahkan ego. Bagi je isteri menang. Korang ingat boleh menang ke lawan perempuan ni. Ehhh.
9. Kaki lepak
Lepak boleh tapi kena pandai uruskan masa. Jangan asyik dengan kawan je. Baik korang kahwin je dengan diorang.
10. Kurangkan main game kat phone
Kalau asyik main game je. Lepas kahwin cuba kurangkan. Faham lelaki dengan game tak boleh dipisahkan.
11. Tambah ilmu agama dan rumahtangga
Ilmu agama dan rumahtangga ni yang bantu korang bimbing isteri korang nanti.
12. Ilmu kewangan
Ni wajib korang tahu. Kalau tak ada perancangan gaji besar pun boleh terduduk. Hutang keliling pinggang.
Nampak macam susah je nak kahwin kan. Sebenarnya tak susah pun kalau bakal isteri korang boleh bantu sekali, bertolak ansur, tak berkira dan terima seadanya.
Saya olah idea ni dari posting asal Harith. Kredit pada dia.
Semoga ada yang dapat manfaat.
SUMBER
Baca Juga : Cara Mudah Menguji Kesetian Lelaki Untuk Jadikan Suami
0 Response to "Persediaan Wajib Yang Perlu Bakal Suami Ada Sebelum Berkahwin"
Post a Comment