Permohonan Rumah PPR Online Terkini
Program Perumahan Rakyat adalah satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.
Permohonan Rumah PPR Online Terkini Credit Pic : SUMBER |
Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.
Permohonan Rumah PPR Online Terkini
PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu
- PPR Disewa
- PPR Dimiliki.
Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).
PROJEK PPR (DIMILIKI)
Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
Ciri-ciri PPR
Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Syarat-Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
HUBUNGI KAMI
Cawangan Pengisian dan Penjualan, Bahagian Pengurusan Perumahan
03-8891 4052 / 4059 / 4384
Melalui emel
Pertanyaan Skim PPR Dimiliki: ppr@kpkt.gov.my
Masalah Aplikasi: teduh@kpkt.gov.my
> PERMOHONAN ONLINE <
SUMBER
Baca Juga : Permohonan Bantuan Makanan B40 (Sadaqah Market)
0 Response to "Permohonan Rumah PPR Online Terkini"
Post a Comment