Kesalahan Yang Kerap Dibuat Oleh Ibu Bapa Dalam Menidurkan Anak
Pada mereka yang sudah bergelar ibu bapa, pengetahuan tentang menjaga dan mendidik anda hendaklah dipelajari dan jangan melakukan semua itu sesuka-hati jika tidak mahu kesan buruk yang akan anda rasai bila mereka sudah besar.
Kesalahan Yang Kerap Dibuat Oleh Ibu Bapa Dalam Menidurkan Anak| Credit Pic : SUMBER |
Sebaiknya dapatkan sebuah buku paduan cara menjaga anak khas dan semua yang berkaitan dengannya. Perhatikan persekitaran dan jadikan mereka yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak sebagai panduan nyata untuk anda menjaga dan mendidik anak-anak dengan baik.
Kesalahan Yang Kerap Dibuat Oleh Ibu Bapa Dalam Menidurkan Anak
Salah satu perkara yang selalu ibu bapa lepas pandangan bila masuk bab menyuruh anak-anak untuk tidur. Tidak dinafikan ibu bapa sekarang yang sedang dalam dilema bagaimana caranya untuk memastikan waktu tidur anak-anak terjaga tanpa ada sebarang masalah yang timbul. Mungkin ada salah silap anda sebagai ibu bapa di beberapa hal yang anda tidak sedari.
Mari ikuti dan fahami beberapa perkara tersebut dan cara mengatasinya.
1. Terlalu Sibuk
Proses menjaga dan membesarkan anak-anak buka saja menjadi tanggungjawab seorang ibu sahaja, sebagai bapa anda anda juga harus memainkan peranan dalam menjaga anak. Jangan membiarkan anak-anak leka dengan bermain dengan alat permainan.
Sesekali anda luangkan waktu untuk mereka supaya mereka tidak terus obses dengan apa yang sedang mereka main setiap hari. Jangan jadikan isu sibuk supaya anda tidak perlu meluangkan masa dengan anak-anak. Elakkan perkara tersebut jika tidak mahu anak and amembesar menjadi seorang yang degil.
2. Menyalakan Lampu
Mungkin ada segelintir kanak-kanak yang takut akan keadaan yang gelap dan mungkin ada yang tidak. Jika anda seorang ibu bapa yang bijak dan gunakan tabiat yang baik supaya mereka menjadi seorang yang berani untuk tidur sendiri semasa proses membesar.
Anda boleh saja gunakan lampu tidur yang tidak terlalu terang supaya boleh membantu masa tidur mereka menjadi lebih nyenyak. Sebelum tidur, pastikan anda memasang alatan penghalau nyamuk atau losyen anti-nyamuk supaya mereka boleh tidur tanpa sebarang gangguan.
3. Pastikan Anak Dalam Keadaan Kenyang Sebelum Tidur
Pastikan perut anak-anak anda dalam keadaan yang kenyang dan terisi sebelum masuk tidur. Jika mereka tidur dalam keadaan perut yang kosong, itu akan menyebabkan masa tidur mereka menjadi terganggu dan merengek sehingga sukar untuk dikendalikan. Pastikan anak anda minum susu yang secukupnya dan jangan terlalu berlebihan.
4. Jam Waktu Tidur Yang Tidak Teratur
Waktu tidur kanak-kanak adalah sama dengan waktu tidur orang dewasa. Jika anda sudah terbiasa tidur pada jam yang sama dengan kerap, itu yang akan membuat sistem tubuh badan kita terbiasa untuk mengikutinya. Andai kata, seseorang itu tidur lambat dari jam kebiasaannya.
Pada keesokan hari, sudah pasti tubuh badan akan rasa sangat letih dan mengantuk. Sama juga dengan bayi, pastikan mereka tidur pada masa yang sepatutnya. Tidur yang cukup, mereka juga tidak akan mudah meragam atau menangis.
Waktu yang tepat untuk anak-anak tidur adalah seperti jam 09:00 – 10:00, 13:00 – 15:00 dan 19:00 sehingga pagi. Jadikan waktu ini sebagai waktu yang tepat untuk mereka masuk tidur dan mereka akan jadikannya sebagai kebiasaan setiap hari.
5. Elakkan Memberikan Barang Mainan
Memberikan barang mainan keta menyuruh anak-anak tidur bukanlah satu cara yang boleh menyelesaikan masalah dengan betul. Bahkan cara ini boleh mendorongnya untuk terus bermain dan bukannya tidur.
Sebelum masuk ke dalam bilik tidur, sebaiknya anda alig dan simpan barang mainan yang boleh mengalih perhatiannya. paling penting, pastikan keadaan atas tidak sentiasa bersih dari sebarang sampah atau pasir-pasir kecil yang boleh menyebabkan ruam dan kerengsaan kulit mereka.
Anak-anak akan membesar dengan baik kerana ibu bapa yang meletakkan kebahagiaan dan perhatian yang sepenuhnya supaya anak melalui proses pembesaran dengan cara yang sepatutnya. Semoga bermanfaat.
SUMBER
Baca Juga : Bahaya Leher Pendek Akibat Dari Kegemukan
0 Response to "Kesalahan Yang Kerap Dibuat Oleh Ibu Bapa Dalam Menidurkan Anak"
Post a Comment