Apa Itu Hemophobia (Takut Akan Darah)?
Mesti kita pernahkan terdengar atau mempunyai kawan atau ahli keluarga kita yang tak boleh tengok darah. Kalau ternampak saja darah, boleh pening la, tekak jadi loya la atau pitam.
Apa Itu Hemophobia (Takut Akan Darah)? Credit Pic : SUMBER |
Masalah ‘takut darah’ ni bukan main-main. Sama seperti masalah ‘fobia’ terhadap benda atau perkara lain.
Apa Itu Hemophobia (Takut Akan Darah)?
Apa Itu Hemophobia (Takut Darah)?
Hemophobia berasal dari suku kata ‘hemo’ yang bermaksud darah, manakala perkataan ‘phobia’ pula yang bermaksud takut.
Biasa kita dengar orang ni takut tengok darah, loya tekak tengok luka pesakit, pening rasa nak pitam lepas ambik darah dan sebagainya.
Tapi kes fobia yang teruk wujud tau. Tapi dalam peratusan yang sedikit sahaja. Kalau ikut kajian, lebih kurang dalam 3-4% sahaja.
Claustrophobia (fobia tempat sempit), acrophobia (fobia tempat tinggi), aerophobia (fobia naik kapal terbang), atau apa jua jenis fobia, simptom-simptomnya lebih kurang sama saja. Rasa sesak nafas, jantung berdegup laju, sakit atau pening kepala, tangan kebas atau terketar-ketar, rasa ‘gelap mata’ macam nak pitam, loya tekak dan berpeluh-peluh.
Unik bagi yang ada hemophobia, pesakit boleh mengalami respon vasovagal di mana tekanan darah dan nadi akan mula turun bila pesakit tengok darah (atau cerita pasal luka saja pun pesakit dah mula rasa tak selesa). Bila tekanan darah terlalu rendah, dikhuatiri darah tak sampai ke otak dan boleh menyebabkan pengsan.
Kesimpulannya, fobia fobia jugak. Walaupun nampak macam bukan sesuatu yang membahayakan, janganlah kita perlekeh orang yang ada fobia ni walau apa jua jenis phobia sekali pun. Dan jangan main-mainkan orang yang fobia juga sebab kita tak tahu apa tindak balas badan yang boleh jadi.
SUMBER
Baca Juga : Apa Itu Ailurophobia (Ketakutan Pada Kucing) ?
0 Response to "Apa Itu Hemophobia (Takut Akan Darah)?"
Post a Comment