Apakah itu Agoraphobia (Rasa Cemas Terlampau)?
Agoraphobia adalah sejenis gangguan rasa cemas melampau yang menyebabkan meraka yang mengidapnya menghindari sesuatu tempat mahu pun situasi yang mungkin akan menyebabkan mereka berasa tidak selesa, terperangkap, tidak berdaya, panik, malu dan takut.
Apakah itu Agoraphobia (Rasa Cemas Terlampau)? Credit Pic : SUMBER |
Seseorang itu juga takut untuk berada di sekeliling orang ramai. Bagi yang tidak suka bergaul dengan orang, kemungkinan anda menghadapi phobia ini.
Apakah itu Agoraphobia (Rasa Cemas Terlampau)?
Mereka yang mengidap agoraphobia sering mempunyai gejala seperti rasa cemas melampau tiba-tiba, seperti degupan jantung yang cepat dan rasa loya, apabila mereka mendapati diri mereka dalam keadaan yang tertekan. Mereka juga takut untuk mengunjungi pusat beli belah, menaiki kenderaan awam atau juga takut untuk keluar dari rumah.
Mereka juga mungkin mengalami gejala-gejala ini sebelum mereka memasuki sesuatu tempat atau keadaan yang membuat mereka rasa cemas. Dalam sesetengah situasi, keadaan boleh menjadi lebih teruk sehingga mereka yang mengidapnya mengelakkan diri dari melakukan aktiviti harian, seperti pergi ke kedai atau pejabat pos, dan terus tinggal di rumah mereka sepanjang hari.
National Institute of Mental Health (NIMH) menganggarkan 0.8 peratus orang dewasa di Amerika mempunyai masalah agoraphobia. Kira-kira 40 peratus kes dianggap berat. Di dalam keadaan yang lebih teruk, agoraphobia mampu menyebabkan pengidapnya terhenti melakukan aktiviti harian.
Mereka yang mengidap agoraphobia sering menyedari ketakutan mereka adalah tidak rasional, tetapi mereka tidak mampu mengubah atau berbuat apa-apa mengenainya. Paling malang juga masalah ini memberi kesan yang buruk dengan mengganggu hubungan peribadi dan prestasi mereka di tempat kerja atau sekolah.
Jika anda merasakan anda juga mempunyai masalah agoraphobia, adalah penting untuk anda menerima rawatan secepat mungkin. Rawatan boleh membantu anda menguruskan gejala anda dan meningkatkan kualiti hidup anda. Bergantung kepada tahap mana keadaan anda berada, rawatan mungkin terdiri daripada terapi, ubat-ubatan dan mengubah gaya hidup yang lebih sihat.
SUMBER
Baca Juga : Adakah Anda Penghidap Philophobia (Takut Untuk Bercinta) ?
0 Response to "Apakah itu Agoraphobia (Rasa Cemas Terlampau)?"
Post a Comment