Facebook

Ketahui Mengapa Lelaki Lebih Gemar Memilih Janda Sebagai Teman Hidup


“Teman wanitanya punyalah cantik, anak dara lagi tetapi kenapalah janda itu juga yang dia kemaruk nak buat bini. Itu mesti dah kena 'mandrem'. Pernah dengar situasi seperti ini sama ada membabitkan orang sekeliling mahupun menonton cerekarama di TV3?

Ketahui Mengapa Lelaki Lebih Gemar Memilih Janda Sebagai Teman Hidup
Ketahui Mengapa Lelaki Lebih Gemar Memilih Janda Sebagai Teman Hidup
Credit Pic : SUMBER

Betapa rendahnya martabat wanita bergelar janda (istilah merujuk kepada wanita yang sudah berpisah atau kematian suami) pada mata masyarakat.

Ketahui Mengapa Lelaki Lebih Gemar Memilih Janda Sebagai Teman Hidup 


Bila lelaki jatuh cinta dengan janda, pasti dikaitkan dengan ilmu hitam !! 

Sememangnya, tidak semua janda itu baik. Tetapi tidak semua yang jahat dan percayakan benda-benda mengarut dan syirik ni! 

Apabila memperkatakan mengenai status anak dara pada zaman moden sekarang ini, istilah ‘dara’ hanya pada status sahaja memandangkan mereka belum pernah berkahwin, sedangkan kehidupan segelintir mereka jauh lebih hebat daripada wanita yang sudah berkahwin!

Bagaimanapun, pasti ada sebab mengapa lelaki lebih suka berkahwin dengan janda, malah ada yang memilih wanita yang lebih berumur dan bekas isteri orang. 

Agaknya kenapa ya? Selain jodoh itu rahsia Allah SWT, mungkin ciri-ciri di bawah ini antara faktor ramai lelaki memilih ibu tunggal sebagai suri hati.


1. Pandai urus keluarga

Seorang wanita yang bergelar janda sama ada disebabkan penceraian mahupun kematian suami, lazimnya tergolong dalam kalangan wanita cekal dan tabah menghadapi dugaan hidup lebih-lebih lagi dalam mendepani cabaran membesarkan anak-anak sendirian tanpa sokongan suami.

Kebanyakan mereka juga belajar daripada kesilapan lampau agar tidak mengulangi kekhilafan sama dalam perhubungan mahupun perkahwinan seterusnya. 

Lagipun pengalaman pernah berkahwin, pastinya membuatkan wanita itu lebih bijak menguruskan hal rumah tangga. Baik sebelum ke tempat kerja mahupun selepas, pastinya lauk pauk sudah siap terhidang di bawah tudung saji. Jika berkahwin dengan anak dara belum tentu pandai masak !! Silap-silap bangun pagi pun suami kejutkan. Ops !! 

Hal anak-anak pula tidak perlu dipertikaikan kerana wanita yang pernah berkahwin, pasti bijak menguruskannya.


2. Cukup menggoda

Jangan main-main, janda dah ada pengalaman, tidak perlu diajar cara hendak menggoda suami. Kalau dapat yang jenis suka melawa dan bermekap, hari-hari dia bersolek untuk si suami !!


3. Sudah sedia

Dalam segala apa pun mereka dah bersedia untuk fokus kepada dunia rumah tangga. Contoh mudah, bab anak. Tak ada istilah “tak nak anak lagi” sebab mereka lebih bahagia jika lelaki bahagia dengan anak-anak asalkan lelaki sedia membantu dan tidak kedekut bab nafkah. 


4. Senang kira

Apa masalah pun, mereka boleh bertolak ansur dengan suami. Mungkin pengalaman lalu mengajar mereka menjadi lebih matang dan tidak berkira dengan suami dalam segala hal.


5. Mudah mesra

Mereka pandai membawa diri dan bijak bergaul dengan sesiapa pun yang berada di sekeliling mereka. Mereka akan jadi lebih ramah dan tidak suka dipandang rendah kerana ‘sejarah lalu’. Jadi, tiada istilah sombong dengan keluarga atau kawan-kawan keluarga belah suami. Secara automatik dia bijak membawa diri.


6. Bijak ‘menggula’

Pernah dengar orang jenis ‘mulut manis’? Ya, selalunya janda pandai jaga hati. Tak perlu bubuh gula, pasti lelaki cair mendengar ayat-ayat manis daripada janda!


7. Pandai cari rezeki

Bukan hendak kata anak dara tidak pandai mencari duit, tetapi pengalaman janda pernah berdiri atas kaki sendiri menjadikan sebab utama golongan janda punya hati kental dua kali ganda berbanding wanita bujang. 

Paling bagus, kerja apa pun tidak kisah janji duit masuk! Mereka sudah biasa tidak cukup tidur demi anak-anak dan menguruskan hal rezeki tanpa kehadiran seorang lelaki di sisi, jadi tidak pelik kalau janda ada kelebihan dalam hal ini.


8. Tahu semua benda

Ketika bergelar janda, merekalah ibu dan merekalah bapa. Jadi, pastinya mereka terpaksa tahu semua benda walau perkara itu sepatutnya hanya lelaki yang tahu. Senang hendak jawab kalau anak-anak bertanya . Bagi yang tiada anak pun, pastinya lebih suka mencari ilmu dan berusaha sendiri dalam setiap perkara


9. Suka jaga badan

Selepas mengalami episod memilukan diceraikan suami kerana ada perempuan lain, wanita bergelar janda biasanya bangkit dengan semangat baharu contohnya memotivasikan diri untuk kembali menjaga badan agar tampak cantik seperti ketika zaman anak dara. 

Pada mulanya, saja hendak buat bekas suami tergugat selain mahu buktikan mampu peroleh lelaki yang lebih baik daripada bekas suami, akan tetapi tanpa mereka sedari inisiatif yang dilakukan itu mendapat pujian orang. 
“Janda anak empat, body bergetah you!”


10. Kurang belanja

Maksud belanja di sini ialah perbelanjaan kahwin. Standard anak dara sekarang nilai hantarannya mesti 10 ribu ke atas. Tetapi kalau janda dah tak letak harga mahal-mahal. Mereka lebih pandai berjimat dan sasaran mereka hanyalah demi kebahagiaan dan masa depan anak-anak.  

Mohon usah terguris ya, ini sekadar pendapat berdasarkan pandangan lelaki terhadap golongan janda. Setuju atau tidak, tepuk dada tanya selera !!


SUMBER

Baca Juga : Pesanan khas Untuk Orang Yang Masih Single

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ketahui Mengapa Lelaki Lebih Gemar Memilih Janda Sebagai Teman Hidup "

Post a Comment