Facebook

Adakah Serangan Stroke Boleh Berulang Kembali?


Lapan puluh peratus daripada semua pesakit yang diserang penyakit angin ahmar atau stroke berlaku apabila aliran darah ke otak secara tiba-tiba terputus. 

Adakah Serangan Stroke Boleh Berulang Kembali?
Adakah Serangan Stroke Boleh Berulang Kembali?
Credit Pic : SUMBER

Ia biasanya disebabkan oleh pembentukan darah beku dari bahagian tubuh yang lain (contohnya di dalam jantung) kemudiannya bergerak ke saluran darah di otak dan akhirnya menyumbati saluran darah yang kecil di situ.

Adakah Serangan Stroke Boleh Berulang Kembali?



Selain itu, serangan stroke boleh disebabkan oleh saluran darah arteri yang tersumbat akibat pembentukan plak iaitu campuran kolesterol dan lipid lain. Oleh itu jika seorang pesakit jantung akibat masalah artherosclerosis atau pengerasan saluran darah arteri, mereka berisiko untuk mengalami stroke. Ini kerana plak yang semakin membesar menyumbati saluran darah dalam otak.

Selain dari itu, serangan stroke berlaku apabila terdapat pendarahan pada saluran darah di otak, menyebabkan bekalan darah yang membawa oksigen dan nutrien tidak mencukupi. Biasanya ia disebabkan oleh tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. Kedua-dua keadaan ini meningkatkan risiko stroke, dan menguruskan mereka boleh membantu mencegah strok kedua.

Untuk mendapatkan rawatan yang sempurna, doktor haruslah melakukan pemeriksaan yang lengkap untuk mengetahui punca sebenar penyakit. Hanya dengan mengetahui punca serangan stroke, doktor dapat memberikan rawatan yang betul dan sempurna.

Semua pesakit yang pernah diserang stroke mempunyai risiko untuk mendapat serangan stroke kedua. Selalunya stroke kali kedua biasanya lebih parah dari stroke kali pertama, malah ada yang menyebabkan kematian. Kebanyakan (75%) stroke kali kedua berlaku dalam masa 30 hari dari serangan stroke pertama. Sementara 25% berlaku dalam masa dua tahun.

Oleh itu, setiap pesakit stroke mempunyai risiko berbeza untuk mendapat serangan stroke kali kedua, bergantung kepada punca berlakunya stroke. Sebab itu pesakit dan ahli keluarga yang membantu pesakit stroke harus berbincang mengenai masalah mereka dengan doktor, agar serangan stroke kali kedua ini boleh dielakkan.


SUMBER

Baca Juga :  Cara Mengenalpasti Adakah Anda Otak Kiri Atau Otak Kanan?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Adakah Serangan Stroke Boleh Berulang Kembali?"

Post a Comment