Fakta Menarik Tentang Jepun Yang Ramai Orang Tidak Ketahui
Kebanyakan orang cuma tahu yang Jepun adalah salah sebuah negara termaju di dunia dan pada masa yang sama, ia memiliki sebuah budaya yang unik dan yang persekitaran yang menakjubkan.
Fakta Menarik Tentang Jepun Yang Ramai Orang Tidak Ketahui Credit Pic : SUMBER |
Fakta Menarik Tentang Jepun Yang Ramai Orang Tidak Ketahui
Jom kita tengok apa lagi fakta-fakta menarik tentang negara moden ini.
1. Jepun adalah sebuah negara berpulau
Kebanyakan negara merangkumi satu keluasan tanah besar. Jepun sebaliknya terdiri daripada 6,852 buah pulau tapi cuma 430 daripadanya didiami oleh penduduk.
2. Tokyo adalah bandar dengan jumlah penduduk paling ramai di dunia
Bila anda terperangkap dalam traffic jam atau sedang menaiki LRT yang sesak dengan orang ramai, ingatlah yang situasi sebegitu besar kemungkinan lagi teruk di Jepun.
Maklumlah, di ibu negaranya, Tokyo saja dah ada 38,140,000 orang penghuni. Jumlah orang di seluruh Malaysia (32,024,927) pun tak sampai! United Nations menjangka Tokyo akan pegang gelaran ini hingga tahun 2030.
3. Ketika rush hour, penumpang keretapi akan “ditolak masuk”
Kita semua tahu yang Jepun mempunyai sistem pengangkutan awam yang moden dan efektif. Sebanyak 57% daripada penghuni Tokyo menggunakannya. Jadi memang akan ada masalah apabila mereka berebut nak naik keretapi ketika waktu rush hour.
Kebanyakkan sistem keretapi di sana selalunya 199% terlebih jumlah penumpang sampai mereka terpaksa berhimpit. Majlis perbandaran juga terpaksa mengupah orang (dipanggil "oshiya") untuk menolak para penumpang supaya muat ke dalam gerabak keretapi. Gilalah!
4. Ada lebih banyak binatang peliharaan daripada kanak-kanak
Pada tahun 2013, sebuah laporan menunjukkan jumlah binatang peliharaan yang berdaftar adalah lebih tinggi daripada jumlah kanak-kanak di Jepun. Pada ketika itu, ada 21.3 juta kucing dan anjing berbanding dengan 16.5 juta kanak-kanak di bawah umur 15 tahun.
5. Ada berjuta-juta vending machine yang menjual macam-macam benda
Apa sangatlah yang kita boleh dapat daripada mesin layan diri yang ada di Malaysia ini? Mungkin air minuman atau snek keropok saja. Di Jepun, bukan itu saja! Majalah, bunga, barang mainan dan set makanan lengkap pun anda boleh beli daripada 5.52 juta vending machines yang ada.
6. Kes jenayah jarang sangat berlaku
Kalau nak bandingkan dengan di negara kita, kes jenayah di Jepun macam tak wujud. Realiti ini menjadikannya sebagai negara paling selamat di Asia dan negara kedua terendah dari segi jumlah kes bunuh. Tokyo pun merupakan salah sebuah bandar yang paling selamat dengan hampir tiada kes street crimes.
7. Tak banyak kepelbagaian dari segi bangsa penduduk
Tak seperti di Amerika atau Malaysia sendiri, hampir semua orang yang tinggal di Jepun telah dilahirkan di sana. Sebenarnya 98% daripada populasi Jepun adalah Japanese, manakala 2% lagi adalah orang asing.
8. Bola lisut adalah sukan yang paling popular
Baseball memang terkenal di Amerika, tapi rupa-rupanya orang Jepun pun suka. Tapi sukan ini lebih popular dalam kalangan orang berumur kerana generasi muda dah mula hilang minat. Sukan kedua popular adalah bola sepak.
SUMBER
Baca Juga : Benarkah Pakaian Berwarna Gelap Sebenarnya Lebih Sesuai Di Waktu Cuaca Panas ?
0 Response to "Fakta Menarik Tentang Jepun Yang Ramai Orang Tidak Ketahui"
Post a Comment