Facebook

Maksud Disebalik Mimpikan Seseorang Yang Kita Kenal


Bagi sesetengah orang, mimpi hanyalah mainan tidur dan tidak perlu terlalu difikirkan. Namun, ada yang berpendapat, mimpi selalu membawa mesej yang lebih besar dan bukan hanya ‘sebahagian dari fasa rehat badan’.

Maksud Disebalik Mimpikan Seseorang Yang Kita Kenal
Maksud Disebalik Mimpikan Seseorang Yang Kita Kenal
Credit Pic : SUMBER

Sebagai contoh, bekas kekasih yang sudah lama kita tidak dengar khabarnya atau kawan-kawan sekolah muncul tiba-tiba di dalam mimpi. Sudah tentu ia sesuatu yang aneh dan membuat kita tertanya-tanya apakah ada mesej yang cuba untuk disampaikan?

Maksud Disebalik Mimpikan Seseorang Yang Kita Kenal


Mimpi adalah sebahagian daripada kehidupan nyata. Ini kerana otak akan memproses emosi dalam hidup kita sehingga kita menghasilkan sebuah dunia baru ketika tidur.

Sebab itulah, sesiapa sahaja boleh masuk ke dalam mimpi kita walaupun ia hanyalah orang asing yang korang terjumpa lima minit lalu.

Menurut pakar kesihatan tidur Alesandra Woolley, seseorang itu akan kerap muncul di dalam mimpi jika kita banyak menghabiskan waktu dengannya.

Ia juga boleh terjadi sekiranya seseorang itu berjaya membuat kita berminat dengannya di dunia nyata. Kerana terlalu memikirkannya, kita juga sangat berpotensi untuk melihatnya di dalam mimpi.

Bagaimana kalau kita pula yang muncul di dalam tidur seseorang?

Tidak semestinya kita harus memiliki hubungan rapat untuk muncul di dalam mimpi seseorang. Tapi ia adalah petanda seseorang itu tertarik kepada kita dan itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Menurut pakar itu lagi, jika seseorang itu bermimpi tentang kita. Orang itu mungkin berminat untuk bersahabat atau berminat kepada kita.

SUMBER

Baca Juga : Apakah itu Agoraphobia (Rasa Cemas Terlampau)?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Maksud Disebalik Mimpikan Seseorang Yang Kita Kenal"

Post a Comment