Facebook

Jenis-Jenis Ujian Dalam Berumahtangga Yang Perlu Setiap Pasangan Tahu


Tiada perkahwinan yang bebas daripada ujian. Rumahtangga yang bahagia adalah yang mampu menghadapi setiap ujian bersama-sama dan terpegang teguh pada agama untuk mencari keredhaan Allah.

Jenis-Jenis Ujian Dalam Berumahtangga Yang Perlu Setiap Pasangan Tahu
Jenis-Jenis Ujian Dalam Berumahtangga Yang Perlu Setiap Pasangan Tahu|
Credit Pic : SUMBER

Jenis-jenis ujian dlm rumahtangga :

Jenis-Jenis Ujian Dalam Berumahtangga Yang Perlu Setiap Pasangan Tahu


1. Ujian Mertua

- Tak semua org memiliki mertua yg baik...ada yg terpaksa berhadapan dgn mertua yg selalu mencari salahnya, memandang kelemahannya dan mencanang kekurangannya...hal kecil diperbesarkan mertua kerana mertua tidak boleh menerima dia seadanya...utk ujian ini, hanya ada 2 keadaan,

Pertama, isteri menceritakan layanan mertua kpd suami, suami juga nampak dan faham dgn situasi isteri, maka suami akan cuba menasihati ibunya utk tidak berbuat sedemikian pd isterinya...jika org tuanya masih meneruskan perbuatan itu, suami menjarakkan isteri dgn mertua utk sementara waktu...

Kedua, suami menganggap isteri memperburukkan org tuanya, suami tak nak dgr dan minta isteri jangan buat macam tu sedangkan apa yang dinyatakan isteri itu adalah perkara benar...isteri dipersalahkan suami, suami tak nak faham dan memilih untuk menyebelahi org tuanya 100%...utk keadaan ni, hanya kesabaran si isteri yg menentukan berapa lama hubungan itu akan bertahan.


2. Ujian Ipar

- Tak semua org juga memiliki ipar yg baik...ada pasangan, yang mempunyai ipar yg suka mencampuri urusan rumahtangga mereka...apa yg mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan apa yg mereka beli, semuanya ipar ambik tahu dengan tujuan untuk menyampaikan perkara itu kepada seseorang...ipar kerap mencari salah pasangan adik-beradiknya kerana tidak serasi, tidak suka dan tidak puas hati kepadanya...ipar mengawal rumahtangga abangnya, kakaknya atau adiknya hanya kerana satu perasaan yang dipanggil hasad dengki.


3. Ujian Kewangan

- Setiap pasangan pasti akan menghadapi ujian kewangan ini dlm beberapa tahun pertama setelah mendirikan rumahtangga...dulu, gaji bulanan yg diperolehi hanya untuk perbelanjaan seorang, tp kini berdua...apa yg suami makan, isteri makan...apa yg suami pakai, isteri pakai...segala2nya kena berkongsi...waktu ini, ada pasangan yang akan bergaduh sebab kewangan walaupun kedua2nya ada pendapatan...maka, perancangan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga sangat-sangat la penting bagi memastikan kewangan setiap pasangan itu teratur dan terurus...


4. Ujian Anak

- Expectation yang ada dlm setiap pasangan, iaitu bila berkahwin, kita akan dapat perolehi zuriat...anak ini rezeki, dan bila rezeki, maka Allah s.w.t tidak berjanji bahawa kita akan dapat apa yg kita impikan itu dengan segera...Allah s.w.t nak kita usaha dan sabar...Allah s.w.t hanya akan bagi rezeki anak bilamana Dia merasakan pasangan itu sudah bersedia utk menerima kehadiran anak itu disisi mereka...ujian terbesar tentang anak ini ialah pertanyaan yang tiada hentinya daripada mereka yang berada di sekeliling pasangan tersebut...pertanyaan ini yang akan membuatkan pasangan tertekan dan terbeban...


5. Ujian Kecurangan

- Adakah kita dah mengenali pasangan sewaktu kita bercinta dengannya? Adakah kita betul-betul tahu luar dalam pasangan masa kita berkawan dengannya? Kita hanya akan mengenali siapa pasangan kita, perangainya dan tabiat pasangan bilamana kita dah sebantal dan sekatil dengannya...dia mungkin ada mengenali org lain sebelum berkahwin dengan kita, dia mungkin rapat dgn rakan sepejabatnya atau dia mungkin ada bekas kekasih...dan kemungkinan dia masih berhubung dengan orang-orang ini sangatlah tinggi...gejala kecurangan ini perlu dibendung di awal perkahwinan supaya ianya tidak berlarutan dan berterusan...

Akhir kalam, ada pasangan yg mampu menempuhi kesemua ujian-ujian yg dinyatakan, ada yang tidakk...bagi yang berjaya, mungkin sekarang mereka dah bahagia...bagi yg tidak, mungkin skrg mereka dah berpisah...hanya 2 pilihan itu sahaja yg ada utk sesebuah rumahtangga bila diuji Allah s.w.t.

SUMBER

Baca Juga : Mengapa Majoriti Lelaki Akan Gemuk Selepas Kahwin?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jenis-Jenis Ujian Dalam Berumahtangga Yang Perlu Setiap Pasangan Tahu"

Post a Comment